“Kita Mampu Pergi Lebih Jauh Lagi…” – Dr Umi Kalthum Ngah

mc-umi-small

Selesai sudah Sesi Pelancaran Buku Hilang & Jumpa terbitan Deen Prints.

Ia telah disempurnakan oleh Tuan Zabidi Mohamed, seorang peguam yang kini adalah Sifu Skrip Drama Patuh Syariah, bertempat di kedai MPH Bookstore Mid Valley Mega Mall, Kuala Lumpur. Katanya, “Penulisan buku mampu membawa kita semua pergi lebih jauh daripada tempat kita sedang berdiri.”

Beliau seorang majistrate yang mula menulis buku pertamanya bertajuk “Tersungkur di Pintu Syurga”. Kemudian dijemput menulis skrip drama oleh Menteri Penyiaran (sewaktu itu Tan Sri Zainuddin Maidin) berdasarkan bukunya itu bertajuk “Keliru”. Dan dari situlah langkahnya bermula. Kini beliau telah menghasilkan lebih 100 skrip drama Patuh Syariah yg berjaya meraih berbagai Anugerah Skrin.

Kini, beliau juga adalah Penilai Skrip Drama utk FINAS dan tenaga pengajar skrip drama. Alhamdulillah, tidak terbatas hanya dalam bidang guaman.

Terharu dan terkesan apabila Tuan Zabidi menyebut novel pertama keluaran Deen Prints ini pada pandangannya adalah bukan sebarang buku, tetapi padanya adalah Novel Haraki, iaitu buku yang mengangkat tema persahabatan, ukhuwah dan gerakan Islam berlandaskan tarbiyah. Bukan buku romantisma Islami yang sudah begitu banyak dalam pasaran, yang padanya banyak melemahkan lagi jiwa umat Islam, menenggelamkan sikap daya juang dalam kalangan umat Islam di Malaysia serta menjadi rintangan daripada mendekatkan diri kepada Allah.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Deen Prints kerana berani menerbitkan buku sebegini dan diharap lebih banyak lagi Buku Haraki seperti ini dapat dikeluarkan. Alhamdulillah..

Beliau memohon supaya sama-sama kita doakan semoga proses pitching dengan RTM pada hari ini 21 September akan membuahkan hasil sehingga buku genre Novel Haraki sebegini dan juga lain-lainnya nanti dapat diadaptasikan menjadi drama bersiri. Aamiin..

Mari kita mula mengorak langkah merintis jalan dalam relung dakwah yg baharu..

Pada saya, bidang penulisan juga adalah suatu bentuk perniagaan. Tanpa manuskrip, bagaimanakah anak-anak muda (semalam, pihak Deen Prints sempat memperkenalkan muka baharu yang masuk bekerja dengan mereka mulai hari ini, hari Sabtu) berpeluang mencari rezeki. Tanpa manuskrip, tiadalah editor perolehan, penyunting, perekabentuk buku, pengilustrasi, pencetak hatta pakcik yg membawa van menghantar buku-buku ke pelbagai kedai. Secara tidak langsung, mereka dapat menumpang cari makan, mampu menghantar anak-anak belajar ke sekolah dan menyara keluarganya. Semuanya hanya dengan kita memerah minda. Oleh itu, penulisan adalah satu usaha dakwah yg sekaligus juga murni. (Petikan daripada buku Mudahnya Menulis terbitan Iman Publication)

Mari! Apa kata kita mula menulis karya kreatif dan pengkisahan berunsur dakwah dan tarbiyah dengan meminimumkan unsur romantisma Islami?

Dalam setiap diri kita, ada suara penulis yang sedang bersembunyi…

Moh kita mula menulis? Menulis genre Novel Haraki..

Wallahualam..

“There is a hidden writer within each one of us”

– Petikan daripada perkongsian Dr Umi Kalthum Ngah di laman Facebooknya.


Jannatun Nisa Jahasnum
Jannatun Nisa Jahasnum

Author



1 Response

Nor Syazwani Zalilah
Nor Syazwani Zalilah

March 12, 2016

Saya harap saya boleh mengeluarkan idea untuk diberi kepada deenprints.

Leave a comment

Comments will be approved before showing up.