#CelotehEditor: Bagi Can Laaa…

Bismillah...

Kami rasa sudah tiba masa untuk kami juga mempunyai contengan-contengan yang boleh dipahatkan di laman maya ini. Contengan-contengan ini adalah untuk anda, daripada kami; sekadar ingin berkongsi apa-apa yang terlintas di hati.

Maka izinkan kami mulakan ruangan #CelotehEditor di sini. Saya, Faizah dan rakan sekerja saya, Umairah akan berkongsi dengan anda, apa-apa sahaja yang kami fikirkan sesuai. Boleh kan? :)

Untuk post yang pertama ini, izinkan saya membebel sedikit tentang proses menyediakan content grafik bagi Majalah Jom! Selalunya, saya atau Umairah, akan berhempas-pulas (konon je padahal taip di komputer saja) untuk mencari bahan-bahan yang bersesuaian. Tetapi, jika Umairah sedang disibukkan dengan editing buku, maka tinggallah saya untuk membereskan content Majalah Jom! bersendirian.

To-Do-List Editor

Conteng Atas Sampul Surat Pun Boleh…

Bagi saya, antara perkara yang paling sukar untuk dibuat adalah apabila anda perlu mengadaptasi sesuatu yang anda baca ke dalam bentuk yang lebih mudah dan lebih pendek. Kebiasaannya, bahan yang kami dapat adalah berbahasa Inggeris, dan panjang-panjang pula tu! Memang mengambil masa apabila hendak ditukar ke dalam bahasa Melayu, kemudian diringkaskan agar anda, pembaca kami, tetap mendapat yang terbaik dalam bentuk yang lebih mudah difahami.

Sebelum sesuatu content bagi grafik itu boleh dimasukkan ke dalam Majalah, biasanya, kami sendiri ada contengan-contengan konsep yang kemudiannya akan diterangkan kepada designer kami, yang akhirnya menukarkan visi kami itu kepada sesuatu yang menarik untuk dilihat dan dibaca. Selalunya, memang lebih cantiklah daripada imaginasi kami yang terhad ini.

Ha, begitulah. Panjang prosesnya. Maka, jika anda mempunyai cadangan grafik ataupun artikel apa yang anda ingin masukkan dalam Majalah Jom!, jangan lupa kongsikan dengan kami ya? Kami amat-amat menghargai feedback anda! :D


Jannatun Nisa Jahasnum
Jannatun Nisa Jahasnum

Author



Leave a comment

Comments will be approved before showing up.