10 Cahaya Bersinar di Galaksi Deen Prints Sepanjang 2015!

2015-12-30 (3)

1. KANVAS – PERCIKAN WARNA DAN KATA

DISEMBER 2015 – Kumpulan contengan hati Muharikah di atas Kanvas ini memang padat dengan warna dan positiviti. Dan…ia adalah buku pertama Deen Prints yang penuh warna-warni dari kulit ke kulit! Sepanjang proses pembuatan buku ini, team editorial belajar menyampaikan mesej kepada masyarakat dengan memahami keperluan mereka dan menterjemahkannya dalam bentuk pembacaan yang sesuai.

Kami cuba untuk “stay on target”, macam kata Gold Five dalam Star Wars.

Tidak semua orang mampu memahami bahasa tinggi, jadi buku ini hadir bagi memudahkan mereka memahami mesej tanpa perlu terlalu memerahkan otak. Buku ini mencatatkan rekod pembelian melebihi 1300 tempahan sebelum buku siap dicetak tau!

 

2. MAJALAHJOM.COM– MEREALISASI KONGSI INSPIRASI

DISEMBER 2015 – Setelah hampir 4 tahun di pasaran majalah bercetak, MAJALAHJOM.COM muncul dalam masyarakat demi merealisasikan slogan Kongsi Inspirasi dengan lebih dalam dan efektif. Berada di medan internet memampukan maklumat sampai kepada pembaca dengan lebih pantas dan perkongsian kepada keluarga dan sahabat juga lebih mudah di media sosial.

Iyalah, meminjam kata Obi Wan Kenobi, “In my experience there is no such thing as luck…”, maka empat sesi cambah minda telah kami lakukan bagi menghasilkan format baru dan model terbaik bagi Majalah Jom. Boleh bayangkan bagaimana seriusnya kami?

 

3. LAWATAN MIRRORMAG- LAWATAN DARI SINGAPURA

NOVEMBER 2015 – Kehadiran enam anak muda dari Singapura ini sungguh menginspirasikan! Mereka menerbitkan MirrorMag ini hasil minat yang sangat mendalam dalam bidang penulisan dan reka grafik serta semangat yang amat tinggi untuk menyampaikan Islam yang ‘cool’ kepada masyarakat. Peluang berkongsi silang budaya dan pengalaman ini merupakan sebuah penghargaan buat kami. Antara yang mengagumkan kami, mereka pernah adakan Offline Magazine; bukan untuk dibaca tetapi untuk dirasai dan dihayati.

Tak dinafikan, tim Mirror Mag ini memang pegang kata-kata Qui-Gon Jinn, “Your focus determines your reality.” Peh! 

Terinspirasi dari mereka, kami pasti perkongsian dan engagement sebegini akan menjadi salah satu fokus utama kami untuk tahun 2016 nanti!

 

4. DUA KALI CETAKAN BORAK-BORAK BERISI DALAM SETAHUN!

OKTOBER 2015 – Buku berkulit oren yang bertemakan al-Quran, dengan bahasa yang cukup santai memang memikat ramai pembaca. Sehinggakan sewaktu membuka booth di E-fest UIAM pada September yang lalu, ada pelajar yang sanggup membeli naskhah sample kerana memang itu sahaja stok yang kami ada! Alhamdulillah dalam masa 3 bulan, jualan sudah mencapai 44% daripada jumlah cetakan. It’s an achievement for us!

 

 5. MAJLIS PELANCARAN NOVEL HILANG & JUMPA- PELANCARAN BUKU PERTAMA

SEPTEMBER 2015 – Majlis yang sederhana tetapi cukup meriah dengan celoteh pengerusi majlis, Da’i Azam al-Kankari. Memang tidak kering-kering gusi kami. Disulami pula dengan ucaptama padu oleh Tuan Zabidi Mohamed dengan kata-katanya, “Penulisan buku mampu membawa kita semua pergi lebih jauh daripada tempat kita sedang berdiri. Malah, mempunyai buku akan membuatkan kita lebih berkeyakinan!” 

Teringat-ingat pesan Master Yoda, “Do. Or do not. There is no try.”

Jadi, teruskanlah berjuang di medan penulisan!

 

6. MAJALAH JOM ISU 43- MAJALAH HAJI PERTAMA DI MALAYSIA

SEPTEMBER 2015 – Majalah haji ini bukan kumpulan teori semata-mata. Bermula kisah menerima berita bakal menjadi tetamu Allah tahun itu hinggalah dia pulang, kisah-kisah Mat di sepanjang perjalanannya memang membangkitkan pelbagai rasa!

Kata Master Yoda lagi, “Fear is the path to the dark side.”

Ya, tidak dinafikan pasti ada rasa takut untuk ke tempat yang belum pernah dijejaki, tetapi kisah-kisah syahdu dan kekuatan semangat para penulis menghadapai cabaran sepanjang perjalanan, menimbulkan kecemburuan yang memuncak untuk kami juga menjejak haramain . Memang inilah yang ingin Majalah Jom! ingin capai melalui naskhah ini, iaitu membangkitkan rasa untuk menggerakkan jasad agar berbuat.

 

7. BEKERJASAMA DENGAN KOMUNITI GENG KONGSPIRASI

OGOS 2015 – Komuniti IG Geng Kongspirasi ditubuhkan untuk mengumpulkan anak-anak muda yang menubuhkan profil Instagram untuk menyebarkan kebaikan. Antara kolaborasi yang pernah diadakan adalah dengan Usrah Santai, Hakhada dan The Daiegraphy. Memang teruja bekerjasama dan bertukar pendapat dengan mereka ini! Siapa kata susah untuk mengajak keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling berbuat kebaikan?

Kami mahu bersemangat macam Han Solo waktu dia semangat berkata, Never tell me the odds.” 

Jangan tak tahu, mereka ini semuanya kreatif belaka dalam usaha menambat hati masyarakat!

8. LAPIS-LAPIS KEBERKAHAN RAMADHAN TEAM DEEN PRINTS

JUN 2015 – Setiap Ramadhan, team Deen Prints akan cuba meluangkan setiap pagi sebelum mula bekerja dengan tazkirah-tazkirah ringkas. Untuk Ramadhan tahun ini, kami membuat sedikit kelainan iaitu dengan membedah buku karangan Ustaz Salim A. Fillah bertajuk Lapis-Lapis Keberkahan. Alhamdulillah di penghujung Ramadhan, kami selesai membedah hampir 250 muka surat daripada buku tersebut! Takpercaya?

Dengan ini, pastinya Darth Vader tidak akan berani berkata lagi, “I find your lack of faith disturbing.” 

Hehe. Yeah! Moga terlapis-lapislah keberkahan Allah ke atas kami semuanya!

9. PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2015– PBAKL PERTAMA

APRIL 2015 – Tidak dinafikan, ramai yang mengakui bahawa menyertai PBAKL amat berbeza dengan pesta-pesta buku yang lain. Persiapannya perlu super rapi dari sudut pengurusannya, perhiasan dan susun aturbooth, serta event-event kecil lain yang dijalankan di booth. Tiba masa untuk menyiapkan booth, kami memang terpukau melihat hiasan-hiasan di booth lain. Memang mantap!

“Your eyes can deceive you. Don’t trust them.” – Obi Wan Kenobi

Menyemangati semangat Obi Wan Kenobi ini, alhamdulillah kami telah melalui pengalaman bermakna menggunakan sistem cash register buat pertama kali, merancang aktiviti 10 hari, selain memerhati pelbagai gelagat pengunjung, penulis, dan penerbit. Semuanya memberikan cara pandang baru tentang pesta buku pada kami. Jumpa kami di PBAKL 2016 di MAEPS, Serdang ya!

10. JELAJAH KONGSPIRASI

JANUARI 2015 – Membuka lembaran 2015 dengan Jelajah Kongspirasi, iaitu aktiviti berbentuk perkongsian inspirasi kepada para pelajar. Untuk kali pertama ini, kami adakannya di Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak. Team editorial Majalah Jom! berkongsi dengan 700 orang pelajar tentang bagaimana bermulanya Majalah Jom! dan mengapa pentingnya dakwah melalui penulisan ini. Beberapa video inspirasi juga ditayangkan kepada pelajar. Waktu itu sahajalah surau menjadi senyap sunyi! Masa-masa selain itu, aduh adik-adik ini memang havoc! Jelajah Kongspirasi juga telah berkunjung ke Sekolah Menengah Islam Al-Amin Bangi dan SMAP Kajang.

Alhamdulillah suatu permulaan tahun yang amat baik. Tahun 2016 bakal menyusul tidak lama lagi. Apa pula yang menanti kami? Kami teruja!

“This is a new day, a new beginning.” – Ahsoka Tano


Umairah Shafei
Umairah Shafei

Author

Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Jurusan Bahasa Arab & Kesusateraan



Leave a comment

Comments will be approved before showing up.