Kunjungan Mesra Ke Abideen Books

Siri Ziarah DP kali ini, sampai juga kami ke Bangi Gateway. Saban mengikuti perkembangan entiti ini di Facebook, akhirnya dapat juga tim DP bertatap dan bersua muka dengan tim yang menggerakkan Akademi Sinergi Ikhlas. Detik ini, mereka telah mengorak langkah dengan tertubuhnya anak syarikatnya, Abideen Books.

 

Sesampainya di sana, kami diraikan oleh dua orang hebat, Tuan Ariff Jauhar Iskandar selaku Pengarah Abideen Books dan seorang lagi, Tuan Ahmad Shakir Salleh, merangkap Editor Perolehan.

 

 

Tertarik dengan apa yang diujarkan oleh Tuan Ariff Jauhar, beliau mengatakan bahawa budaya masyarakat hari ini sedikit sebanyak telah berubah. Kerencaman ekonomi tidak menghalang sesetengah golongan untuk meluangkan masa dan memperuntukkan sedikit wang bagi menghadiri majlis-majlis ilmu. Ini terbukti melalui kehadiran orang ramai ke siri-siri seminar yang diadakan oleh Akademi Sinergi Ikhlas. Dari situlah, mereka juga percaya bahawa pentingnya kewujudan buku bagi mengukuhkan kefahaman masyarakat dalam isu-isu yang diketengahkan. Dengan itu, kewujudan Abideen Books ini diharapkan mampu menjadi menjadi ‘pintu’ kepada ‘learning journey’ masyarakat hari ini.

 

 

 

Selain sesi perkenalan, pertukaran idea serta pandangan, kami juga berpeluang merancang projek bersama bagi merancakkan lagi dunia penerbitan dan perbukuan. Sebagaimana yang diidamkan Abideen Books, sebegitu jualah aspirasi Deen Prints. Tidak lain, dengan terhasilnya buku-buku yang berkualiti, semoga dunia perbukuan dan penerbitan akan lebih memandaikan bangsa sepanjang zaman. Itulah visi kami: Fikir, Ilmu, Hikmah.

 

Nantikan projek-projek terkedepan Deen Prints bersama Abideen Books, insya-Allah.

 

Terima kasih dan jazakumullahhu khairan katheera Abideen Books! Semoga ketemu lagi.


Umairah Shafei
Umairah Shafei

Author

Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Jurusan Bahasa Arab & Kesusateraan



Leave a comment

Comments will be approved before showing up.