Ragam Resensi Buku DP

Bagi peminat buku, mendengar resensi buku daripada orang lain ada suatu perkara yang mengujakan. Nah, kita teringin benar tahu apa reaksi orang lain apabila membaca buku yang kita suka, yang kita ingin baca atau buku yang kita terbitkan. Hehe! Tetapi ada juga yang mengatakan ‘Don’t judge a book by its review’. Ya, mendapatkan pendapat dan pandangan orang lain adalah baik agar kita boleh menimbang semula apa yang kita fikirkan. Jika pendapat tersebut ada idea-idea yang baik dan menambah pengetahuan kita, eloklah diambil. Lebih seronok lagi apabila tercetusnya idea-idea baru! Yang pasti, kita tidak boleh menerima bulat-bulat suatu pendapat. Apabila menerima sesuatu ilmu, berfikirlah sama ada ia kena atau tidak dengan prinsipal hidup kita, lebih-lebih lagi hidup sebagai seorang Muslim.

Dengan semangat ingin berkongsi ilmu, tim Deen Prints sebulat suara bersetuju untuk menerbitkan video Resensi Buku Deen Prints! Dalam video ini, kami akan kongsikan tentang buku-buku yang kami baca dan rujuk sepanjang kami bekerja dan memerah keringat di ofis Deen Prints ini. Dan kami semua sepakat, medium resensi buku adalah melalui FB Live.

Mula Produksi!

 

 

16 Ogos yang dinantikan tiba. Dari pagi lagi, peralatan telah diatur dan sound check dilakukan. Set juga telah disiapkan. Walaupun set cuma meja kerja kami, tapi perlulah dirapikan kan? Lalu lahirlah resensi buku kami yang pertama, mengupas buku karya Austin Kleon bertajuk Steal Like an Artist.

Dengan menggunakan peralatan yang kurang lengkap, kami menganggap hasil video yang pertama ini, secara teknikalnya kurang memuaskan. Kami hanya berbekalkan lengan tangan sebagai tripod, serta smartphone sebagai alat audio dan visual untuk mengadakan FB Live. Hasilnya? Audio dipenuhi dengan pelbagai noise dan visualnya tidak berapa jelas.

 

 

Jadi untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, beberapa pilihan lain selain FB Live difikirkan. Ada yang mencadangkan direkodkan suara sahaja dan hasil akhirnya digabung bersama tipografi kinetik. Ada juga yang mencadangkan direkodkan penyampai bersama tipografi. Akhirnya kami memilih yang terakhir; merekod penyampai dan memasukkan elemen-elemen tipografi supaya mesej penting dapat dipaparkan dengan jelas.

Maka terlahirlah video resensi kami yang terkini; mengulas buku Keluhuran Budi tulisan pendeta Za’ba yang lebih kemas. Hasil suntingan video lengkap dengan mesej penting dan kata-kata menarik yang lebih jelas. Jika terpikat dengan mana-mana quote, hanya pausekan video, screenshot, kemudian kongsikan dengan rakan-rakan. Seronok kan?

Anda ada buku yang ingin kami resensikan? Komen di bawah atau hubungi kami melalui borang ini. Selamat menonton!

 


Jannatun Nisa Jahasnum
Jannatun Nisa Jahasnum

Author



Leave a comment

Comments will be approved before showing up.