Bahagia Bukan Gembira

"Sebuah Anekdot Anfaal Saari"

Apa yang menarik tentang buku ini?

Adakah orang yang punya banyak masa lapang lebih bahagia daripada orang yang sibuk? Adakah orang yang lagi pandai lebih bahagia daripada orang yang kurang pandai? Adakah orang yang punya ramai isteri lebih bahagia daripada orang yang punya satu isteri? Adakah orang yang punya ramai anak lebih bahagia daripada orang yang punya seorang anak?"

Atau...sebaliknya?

Menerusi BAHAGIA BUKAN GEMBIRA, Anfaal Saari mengertikan BAHAGIA melalui hidupnya yang terkandung pahit manis dan suka duka di sepanjang kehidupan.

Bahagia bukan cuma bergantung pada apa yang kita punya, namun dengan kompilasi ini, terbukti bahawa ada BAHAGIA yang jauh tersembunyi dan ia sering kali ada pada saat kita memberi dengan sebanyak-banyaknya!

5 sebab kenapa anda perlu memiliki buku ini

1. Mengubah persepsi kita terhadap kebahagiaan; daripada materialistik kepada lebih banyak memberi.
2. Hidup ini adalah proses belajar dan pembaikan diri yang berterusan.
3. Bagaimana untuk hidup dengan orang yang berbeza personalitinya dengan kita.
4. Kumpulan anekdot dengan gaya penceritaan yang santai dan bersahaja.
5. Diselit gambar-gambar dan surat-surat peribadi penulis.


Buku ini sesuai untuk kita-kita yang:

1. Selalu takut untuk keluar daripada zon selesa.
2. Banyak expectation dan assumption pada orang lain.
3. Orang yang hidup mengikut persepsi orang lain.
4. Masih terperangkap dalam masa lalu dan tak ingin berubah.
5. Cuba untuk terlalu sempurna dalam setiap perkara.
6. Terlalu memikirkan kekurangan diri sendiri.
7. Sentiasa teragak-agak untuk memulakan sesuatu.

Dapatkan buku ini di kedai-kedai pilihan berdekatan anda!

Tahukah anda siapakah penulis buku ini?

Sedikit catatan tentang penulis

Anfaal binti Saari lahir pada 9 November 1979 di Birmingham, United Kingdom. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Menengah Islam Al-Amin. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Olympia Business School, seterusnya ke Stamford College di bawah program BA (Hons) Marketing Administration anjuran University of Northumbria Newcastle, pada tahun 2000. Selain itu, beliau turut memegang diploma dalam bidang Pengajian al-Quran dan as-Sunnah, Akademi Islah Malaysia, 1998. Hasil perkongsian hidup bersama Ammar Mohd. Zain, sehingga kini beliau dikurniakan lima orang cahaya mata. Kini, beliau merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat penerbitan Deen Prints.

Apa kata mereka tentang buku ini

Anekdot di dalam buku ini juga dapat mencungkil sudut kemanusiaan dan juga makna kehidupan bagi mereka yang sedang mencari-cari panduan dan pencerahan."

— Dr. Maszlee Malik · Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu & Ilmu Kemanusiaan, UIAM

Dengan kisah kehidupan sahabat saya ini, semoga kita terinspirasi untuk memberi lagi dan lagi."

— Wardina Safiyyah Fadlullah · Selebriti Malaysia

DAPATKAN DI SINI