Tentang Kami

Harapan kami cuma mahu membuatkan anda berbahagia.

Macam kata John Ruskin,"Membaca, berfikir, mencintai dan berdoa; hal-hal inilah yang membuat orang berbahagia."

Nah, tidak perlu susah-susah menemukan buku atau majalah untuk dibaca, sebab kami ada dan bakal ada semuanya! Pertama, ia mampu menjentik dan ‘mengajar’ anda untuk berfikir lebih jauh. Kedua, anda pasti diam-diam terjatuh cinta dengan grafik dan ilustrasi setiap satunya yang ringkas dan menarik. Ketiga, ia mampu mencetuskan ‘Ah! Moment’ (kata orang Putih) sebab begitu kuat interaksinya dengan kehidupan anda. Keempat, anda pasti tertunggu-tunggu inspirasi dan aspirasi yang akan didapatkan melalui kami.

Semua itu adalah tentang KAMI.

“Kita perlukan bahan bacaan yang komprehensif dalam satu terbitan. Kecil tapi kompak dengan isi! Buat penggerak dakwah tanah air…” Itu aspirasi kami. Lalu, kami mulakan dengan projek penerbitan majalah.

“Orang muda mesti grab majalah kita kerana ia sangat cool!” tegas Tuan Ammar, direktor merangkap pengarah seni penerbitan.

Lalu dengan semangat untuk mengumpulkan pengkarya muda dan kreatif tetapi bercitra Islami, maka inisiatif dakwah ini dirasmikan dengan menubuhkan syarikat Deen Prints pada 16 Januari 2012.

MISI BESAR

Dengan tenaga yang sedikit, kami menanam cita-cita tinggi untuk merealisasikan visi besar: Mengangkat Martabat Masyarakat Biasa Menjadi Luar Biasa

Kami komited untuk menghasilkan karya dan bahan bacaan yang melahirkan para pemikir piawai ulil albab (Ali-Imran: 190).

Impian kami ialah pembaca bukan sekadar menjadi seorang pemikir, tetapi menterjemahkan dan membuktikannya dengan amal.
Maka, terciptalah masyarakat luar biasa yang menjadikan dunia ini lebih indah untuk kita semua.

MOTO

Kongsi Inspirasi; Sebuah Kongspirasi!

 

 
Selamat membaca!
Ammar & Anfaal <3