Musafir Kerohanian Kembara Kemanusiaan

Continue Shopping or Checkout

“Tiba-tiba satu bunyi kuat kedengaran dan terasa Masjidil Haram bergegar seperti hendak runtuh. Nama Allah, Rabbiyassir walatuassir dan istighfar tak putus-putus daripada mulut. Saat ini saya hanya ingat kiamat sudah tiba. Beginikah? Masing-masing tidak tahu arah ke mana nak dituju, bingung, ketakutan dan cemas. Rupa-rupanya ada kren tumbang – kren kedua terbesar di dunia.”    
__________              
Buku Travelog Haji; Musafir Kerohanian Kembara Kemanusiaan ialah catatan pengalaman empat belas jemaah haji tahun 2015 bersamaan 1436H. Pengalaman mereka dari pelbagai latarbelakang berlainan dari segi pendidikan, jawatan, suri rumah dan usia semasa berada di Makkah, Madinah, Masjidul Haram, Masya’ir dan hotel penginapan sangat berguna kepada bakal-bakal jemaah haji sebagai pedoman untuk persiapan diri dan mental. Buku ini sangat penting dimiliki bakal haji dan umrah sebagai persediaan awal sebelum melakukan haji dan umrah.
— DR ANISAH AB GHANI
AHLI JAWATANKUASA PENASIHAT IBADAT HAJI (TH-JAKIM)
__________
Saya percaya dengan pilihan editor dan penerbit bahawa para penulis adalah mereka yang menghayati ibadah haji yang telah mereka jalani. Jika menjalankan ibadah haji dengan ilmu, kefahaman, kesedaran dan kesungguhan, ia pasti memberikan manfaat yang berpanjangan kepadanya di dunia dan akhirat.                        
— HJ NICHOLAS SYLVESTER MUHAMMAD ABDULLAH
PENGERUSI HIDAYAH CENTRE FOUNDATION

Collections: Buku-buku



Related Items